Sunday, March 13, 2011

Kahwin Pada Usia Muda…





Salam Semua... untuk entry kali ni, pakuro nak roger sket pasal topic kahwin. Haa,.. bukan bermakna yg pakuro ni dah nk kawen, tp, juz nak diskus dan beri pendapat ttg berkahwin pada usia muda ni...

Seperti yang hampa semua pon tau, perkahwinan ni merupakan lumrah kehidupan… buleh dikatakan yang semua orang (insyaALLAH..) akan menempuhinya kerana telah ditetapkan pasangan kita semenjak azali lagi… ini kerana, Allah s.w.t. telah menjadikan makhlukNya untuk hidup berpasang-pasangan... 

Namun, terdapat persoalan yang pasti bermain di benak setiap kita iaitu apakah berkahwin pada usia yang muda sesuai untuk dipraktikkan?? Memang btoi yang kalo zaman dulu2, masa zaman orang2 tua kita, zaman tu orang kalo kawen awal, tidak menjadi persoalan dan orang pon x kisah… ttp, pada zaman ini, adalah agak mencabar sekiranya kita berkahwin pada usia yang awal…ttp, berapakah pula usia yang dianggap sesuai untuk berkahwin?? 

Pada pendapat pakuro, tiada salahnya kita untuk berkahwin awal, nak kahwin lewat pon xdak masalahnya.. asalkan kita sudah benar2 bersedia dari segi fizikal dan mental serta yang plg penting, kewangan… Bercakap pasal persediaan, sejauh mana kita nak menilai yang kita ni sudah bersedia atau tidak? Hurm, terpulang kpd individu itu sendiri…hanya diri sendiri yang mampu untuk menjawabnya...

**relevankah kursus kahwin pada masa kini yang hanya menjalankan kursus hanya untuk beberapa hari sedangkan kita nak kahwin ni, untuk sepanjang hayat? cukupkah bekalan ilmu didada??huhu...

Persoalan mengenai kahwin ini sebenarnya merupakan topic yang harus dipandang serius, ini kerana ia melibatkan soal agama, tanggungjawab, serta banyak pihak yang terlibat… well, in a simple word, bukan senang nak kahwin ni sebenaqnya…namun begitu, prinsip pakuro ni mudah ja, kalo kita hendak lakukan sesuatu yang baik dan murni itu, apatah lagi kalo nak bina masjid, pasti Tuhan akan mempermudahkan segala urusan kita…jgn risau..yang plg penting betulkan niat, tetapkan pegangan, kuatkan semangat dan yang mustahak sekali adalah untuk mendapat restu dari kedua ibubapa kita serta berani untuk menempuh apa jua rintangan di masa depan kelak...haa, barula anak jantan orang kata…

Bagi pakuro, xkisah lah nak kawen usia muda ka, usia tua ka..kalo dah jodoh tu, xkemana orang kata..ttp, ilmu tentang kekeluargaan, tanggungjawab yang bakal dipikul dan kedudukan ekonomi yang stabil adalah antara perkara yang harus dititik beratkan oleh semua agar ikatan yang bakal disatukan kelak, terjalin penuh bahagia dan mendapat keberkatan sebolehnya…

Sebelum pakuro undur diri, pakuro nak ucapkan sekalung tahniah kpd dua orang sahabat/classmate pakuro sendiri iaitu faizal dan fatin diatas ikatan pertunangan kalian yang berlangsung.. semoga ikatan yang terjalin, bakal tersimpul mati hendaknya dan dipenuhi dgn barakah serta dikurniakan anak2 yang ramai pada masa akan datang... 0k g0!!~


Thursday, March 3, 2011

Looking at Life from a Different Angle ^_~








 One day, a father took his son on a trip to show poor people lived. They spent a few days in a farm with a poor family. On their return, the father asked the son. How was the trip? It was great dad, replied the son. Did you see how poor the people live, asked the father. Oh yeah, said the son.
So, tell me, what did you learn from the trip? The son said: We have one dog, they have four. We have a pool in the middle of our garden, they have a creek that has no end. We have lantern in our garden, they have the stars. Our patio reaches our front yard, they have the horizon. We have a small piece of land, they have fields that go beyond sight. We have servants who serve us, but they serve others. We buy our food, they grow theirs. We have walls to protect us, they have their friends to protect them.
The father was speechless…
Then the son added… Thanks dad for showing me how poor we are!!

Friday, February 11, 2011

Maafkan Saya






Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Ahli keluarga dan sahabat adalah harta yang paling bernilai. Mereka membuatkan kita ketawa dan menggalakan kita ke arah kebaikan dan kejayaan. Mereka juga selalu berkongsi suka dan duka bersama kita. Oleh itu, hargailah mereka semua. "Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."

Sunday, February 6, 2011

Makan Sedap, Badan Tegap…













Hai semua.. diam x diam, kita dh pon masuk bulan februari tahun ni.. so far cm ne dgn life anda semua? Harap semuanya dalam keadaan baik okay.. kalo ada problem sket2 tue, besala org kata.. kalo xda masalah dlm hidup ni, x mencabar la plak kan..tp, walau apa pon masalah yg sdg kita hadapi atau urusan yg sedang kita jalani, pakuro harap agar semuanya baik2 aja okay.. yg pntg, jaga amalan kita dan jaga kesihatan kita..

Kali ni punya entry, pakuro nk cakap sket soal kesihatan.. sebelum tu, pakuro nk tanya hampa semua sat, agak2 la kan.. berapa kilo dah berat hampa skrg ni??..haa, p cek penimbang lekaih..hahaha… Baeklah, kat sini ada satu soalan yg ingin pakuro tanya: Antara amalan diet dan bersenam sampai keluaq peluh, mana satukah cara yg plg efektif utk maintain berat badan dan jaga kesihatan kita??..haa apa pendapat anda semua..

Diet? Apa itu diet..ada org kata, diet maksud dia kita x makan sbb xmau gemuk! Aish, btoi ka lagu tu.. sebenaqnya, diet tu bukan bermaksud kita xmakan, tp diet adalah cara kita menjaga pola pemakanan kita.. contoh kata lagu ni, diet yg seimbang = makan makanan yg seimbang dan cukup zat & khasiat manakala diet yg x seimbang = makan makanan yg xdiperlukan oleh tubuh seperti makanan yg berminyak berlebihan atau tidak berzat.. dah tu, mcm mana nak tau apa yg kita makan ni, ada zat ka xdak zat??haa.. yg tu hampa kenala study sendiri sbb terlalu byk makanan didunia ni..so pakuro xleh nk review semua benda kat sini.. x celuih blog plak satgi..

p/s: one fact – the fries and sodas are the real health disaster!! (This fact is for fast-food lover)

Senaman? Workout? Exercise..haa, semua tu sama ja.. okay senang kira cm ni la.. bersenam ni sgt2 lah penting utk tubuh kita..even pergerakan dlm solat pon sbnrnya dh dikira bersenam tau.. senaman ni mmg plg berkesan untuk nk jaga berat dan nyahkan lemak2 yg x perlu dkt badan kita ni..(ttp, kita tetap perlukan lemak dalam badan).. selain drpd tu, bersenam jugak dpt membentuk tubuh badan yg lebih kuat dan cantik… (cantik: untuk lelaki – tubuh badan yg kuat dan tegap & untuk perempuan – tubuh badan yg ideal dan langsing).. 

p/s: cara mudah nk bersenam vs. kawasan tumpuan
1. kaki cantik = naik turun tangga / ketuk ketampi
2. dada bidang = push up (utk pompuan, buleh ikut gaya ketika sujud dlm solat…tunduk dan bangun)
3. keseluruhan badan = lompat bintang / main tali skipping

So, harap hampa semua dh paham kowt noh..tp kita semua kenala ingat jugak yg byk lagi sebenarnya factor2 yg memainkan peranan penting dlm menentukan tahap kesihatan kita.. kita kena ingat, “bersenam mcm nak gila pon x guna kalo x jaga pemakanan dan diet x makan pon x guna jugak kalo x bersenam langsung”..

Dkt sini pakuro nk kasi formula sket:
1.Nak tubuh yg steady & tegap & gagah: makan banyak + exercise pon banyak
2.Nak tubuh yg kurus meleding &sekeping : makan sikit ja + exercise banyak
3.Nak tubuh yg gemuk gedempol: makan banyak + exercise sikit (tidoq ja teroih  lepas makan pon lg baguih)

Akhir kata, dok ralit sembang saja pon x guna… hampa p exercise lekaih!!


Tuesday, February 1, 2011

“Life Is Like A Cup of Coffee”






A group of alumni established in their careers, got together to visit their old university professor… Conversations soon turned into complaints about stress in work and life… Offering his guests coffee, the professor went to the kitchen and returned with a large pot of coffee and an assortment of cups like porcelain, plastic, glass and crystal…some plain looking, some expensive and some exquisite. 

The professor told his guests to help themselves with the coffee… After everyone had a cup of coffee in hand, the professor said: “If you noticed, all the nice looking expensive cups have been taken up, leaving behind the plain and cheap ones… Well, it is normal for us to want only the best for ourselves… But, that is the source of your problems and stress said the professor… Be assured that the cup adds no quality to the coffee… 

In most cases it is just more expensive and in some cases, even hides what we drink. What all of you really wanted was coffee not the cup. But you consciously went for the best cups…and then you began eyeing each other’s cups to see who had the best one. 

Now, consider this… Life is the coffee while the jobs, money and position in society are the cups. They are just tools to hold and contain LIFE… and the type of cup we have does not define nor change the quality of life we live. Sometimes, by concentrating only on the cup, we fail to enjoy the coffee. Savor the coffee, not the cups! The happiest people don’t have the best of everything. They just make the best of everything. 

Live simply…
Speak kindly…
Care deeply…
Love generously…

Tuesday, January 25, 2011

Kawan = Member = Sahabat = Saudara

 



Okay semua, kali ni pakuro nak halo2 sket pasal member2 pakuro.. gambar2 dkt atas ni adalh gambr2 pakuro dgn classmate pakuro.. kami semua ni dh mcm adik-beradik tau.. dah nk dekat 6 tahun kami semua berkawan.. makan minum sekali, mandi tidoq sekali, gurau gaduh semua sekali. pendek kata, semua yg kami buat pasti sekali (sama2).. maklumla, kami semua ni satu kepala..
tp, tudia la yg dok lagha dkt hati ni.. xlama lg kami semua akan bawak haluan masing2 dah.. lepaih ni, dah xbuleh la nak main bola sekali, futsal sekali, p makan sekali lagi dah.. insyaALLAH, kalo xdak hal papa, bulan 7@8 mcm tu kami semua nk kena posting dah.. bakal cikgu la katakan..  

papapon, kpd semua member2 sekalian, ingatlah yg kita semua ni adalah sedara sampai bila2..kalo ada masalah papa, pakat2 la contact2 dan tolong2 noh.. lepaih ni, lg 5/6 tahun kalo jumpak balik, time tu semua pakat dok usung anak bini la agaknya..hahaa (sapa la jodoh umar?? gadis arab mana la yg bertuah tue)
Well, all da best pakuro ucapkan kpd sedara2 sekalian, ingatlah pepatah.. "kalo ada sumur di ladang, buleh kita tumpang mandi, kalo ada umoq yg panjang, buleh kita jumpak dan main futsal lagi"..


Sunday, January 23, 2011

Jiwaku Kelajuan



 Honda CBR- 1000cc

 Yamaha R6 - 600cc

 Kawasaki Ninja ZX10R - 1000cc

Aprillia Shiver - 750cc
Haa..... kalo hampa nk tau, depa-depa yg kat atas ni la awek2 idaman pakuro.. tak tau la sebab apa, tp pakuro mmg minat gila dgn superbike (SBK) ni.. tiap2 hari kalo tgh bawak motor, selalu ja dok berangan yg pakuro tgh bawak pakuro punya SBK.. kdg2 tu, selalu ja pecut xingat dunia.. tp, bila ada plak motor2 yg potong kita, teros bawak slow balik sebab kita sedar diri yg kita ni naik motor kriss modenas 110cc ja..haha

Tapi xpa, insyaALLAH bila dah kerja nnt.. mmg nak kumpul duit beli sebijik motor besaq ni.. biaq terbeliak bijik mata orang dok perhati motor kita.. SBK ni mmg byk kelebihan dia.. selalunya orang akan bercakap pasal kelajuan dia.. kemudian pasal kecantikan fizikal dia.. mmg mantap sungguh.. antara motor2 yg plg famous adalah kawasaki ninja, honda cbr, suzuki hayabusa (plg laju di dunia), yamaha r1 dan byk lg..besanya bila ada SBK lalu dkt atas jalan raya, orang mesti akan tgk dgn penuh kagum.. dah jadi lumrah kan, barang baik mesti la dipandang tinggi..

Sebab tu la, pakuro dah pasang angan2 nak angkat sebijik nnt.. bila?? yang tu xtau lg la.. tgk dulu mcm mana.. kena ambik lesen dia dulu..So, sebelum kita angkat SBK ni...kenala ingat sket yg awek2 kat atas ni harga dia sgt lah mahal.. dats why kita kena menabung dari skrg.. nasib baikla pakuro dah start menabung.. lepas ni, kalo sapa2 nk tumpang naik, boleh la join pi konvoi sekali.. vrOOm..vrOOm..!!~

Sepasang Kasut utk pi jOgging...








Sejak 2/3 minggu ni, pakuro selalu pi jogging dgn member2 dkt kompleks sukan panji.. best tempat tu.. ada trek balapan 400 metres.. suasana dkt situ tenang ja..orang pon x ramai sgt...so, agak selesa la kalo nk jogging slow2 layan fitness.. Pakuro pi jogging ni bukan apa, besala badan dah naik, fitness level plak dh menurun.. kalo time main futsal tu, asyik pancit ja..haru btoi!! sebab tu la, azam tahun baru ni mmg nak tingkatkan tahap kecergasan.. tp, masalah baru plak timbul.. kasut jogging nike yg selalu dok guna tu dh uzur.. tapak kasut tu pecah la.. maybe sbb kuat sgt lari kowt..haha

So, after CNY ni..ingat nk beli sepasang kasut baru.. lgpon, lama dah x beli kasut ni.. tp yg dok pikiaq la ni, pakuro mcm xtau plak samada nak angkat 'adidas adiprene' atau 'nike lunar'.. sbb nya dua-dua pon sedap pakai lg2 kalo time jogging..fuhh!! rasa mcm syahdu ja layan jogging sorang2.. 5 round trek balapan tu pon bleh maintain xrasa pa lg..haha

tp tu dia la..harap dpt tercapai la niat nak beli kasut tue.. kena tgk bajet dulu la.. bajet pon kena jaga jugak sebab byk lg benda yg kita nak kena pikiaq.. bukan takat nk beli kasut ja.. tp, papa pon, beli kasut ni kira mcm pelaburan jangka panjang la sbb nya kasut yg berkualiti ni tahan lama dan selamat utk dipakai
So, apa lg semua, jom pi jogging jom!! 10 round non stop, ada bran?? kalo ada bran, lu halo2 pakuro okeyh..