Salam Semua... untuk entry kali ni, pakuro nak roger sket pasal topic kahwin. Haa,.. bukan bermakna yg pakuro ni dah nk kawen, tp, juz nak diskus dan beri pendapat ttg berkahwin pada usia muda ni...
Seperti yang hampa semua pon tau, perkahwinan ni merupakan lumrah kehidupan… buleh dikatakan yang semua orang (insyaALLAH..) akan menempuhinya kerana telah ditetapkan pasangan kita semenjak azali lagi… ini kerana, Allah s.w.t. telah menjadikan makhlukNya untuk hidup berpasang-pasangan...
Namun, terdapat persoalan yang pasti bermain di benak setiap kita iaitu apakah berkahwin pada usia yang muda sesuai untuk dipraktikkan?? Memang btoi yang kalo zaman dulu2, masa zaman orang2 tua kita, zaman tu orang kalo kawen awal, tidak menjadi persoalan dan orang pon x kisah… ttp, pada zaman ini, adalah agak mencabar sekiranya kita berkahwin pada usia yang awal…ttp, berapakah pula usia yang dianggap sesuai untuk berkahwin??
Pada pendapat pakuro, tiada salahnya kita untuk berkahwin awal, nak kahwin lewat pon xdak masalahnya.. asalkan kita sudah benar2 bersedia dari segi fizikal dan mental serta yang plg penting, kewangan… Bercakap pasal persediaan, sejauh mana kita nak menilai yang kita ni sudah bersedia atau tidak? Hurm, terpulang kpd individu itu sendiri…hanya diri sendiri yang mampu untuk menjawabnya...
**relevankah kursus kahwin pada masa kini yang hanya menjalankan kursus hanya untuk beberapa hari sedangkan kita nak kahwin ni, untuk sepanjang hayat? cukupkah bekalan ilmu didada??huhu...
Persoalan mengenai kahwin ini sebenarnya merupakan topic yang harus dipandang serius, ini kerana ia melibatkan soal agama, tanggungjawab, serta banyak pihak yang terlibat… well, in a simple word, bukan senang nak kahwin ni sebenaqnya…namun begitu, prinsip pakuro ni mudah ja, kalo kita hendak lakukan sesuatu yang baik dan murni itu, apatah lagi kalo nak bina masjid, pasti Tuhan akan mempermudahkan segala urusan kita…jgn risau..yang plg penting betulkan niat, tetapkan pegangan, kuatkan semangat dan yang mustahak sekali adalah untuk mendapat restu dari kedua ibubapa kita serta berani untuk menempuh apa jua rintangan di masa depan kelak...haa, barula anak jantan orang kata…
Bagi pakuro, xkisah lah nak kawen usia muda ka, usia tua ka..kalo dah jodoh tu, xkemana orang kata..ttp, ilmu tentang kekeluargaan, tanggungjawab yang bakal dipikul dan kedudukan ekonomi yang stabil adalah antara perkara yang harus dititik beratkan oleh semua agar ikatan yang bakal disatukan kelak, terjalin penuh bahagia dan mendapat keberkatan sebolehnya…
Sebelum pakuro undur diri, pakuro nak ucapkan sekalung tahniah kpd dua orang sahabat/classmate pakuro sendiri iaitu faizal dan fatin diatas ikatan pertunangan kalian yang berlangsung.. semoga ikatan yang terjalin, bakal tersimpul mati hendaknya dan dipenuhi dgn barakah serta dikurniakan anak2 yang ramai pada masa akan datang... 0k g0!!~